Anda kaya Anda untung

Preserve

amanah wasiat dan amanah hayat

 
Artikel  ini menerangkan apa itu Amanah Wasiat dan Amanah Hayat dan kegunaannya sebagai instrumen dalam pembahagian harta kepada benefisiari. Orang hanya mengenali wasiat, hibah, harta sepencarian dan wakaf sebagai kaedah membahagikan harta semasa hidup atau harta pusaka.

Amanah Wasiat (Testamentary Trust) dan Amanah Hayat (Living Trust) adalah dua instrumen perancangan harta Islam yang kurang diketahui umum. Ini kerana kemudahan ini tidak didedahkan secara meluas kepada masyarakat Melayu dan orang Islam.

Amanah Wasiat dan Amanah Hayat adalah instrumen ditawarkan oleh syarikat-syarikat amanah. As-Salihin Trustee Bhd, sebuah syarikat amanah untuk orang Islam yang menawarkan kemudahan ini.
  
 2. Apa itu Amanah Wasiat dan Amanah Hayat?
  
Amanah Wasiat dan Amanah Hayat adalah kaedah pemindahan harta daripada pemilik harta kepada syarikat amanah di mana faedah-faedahnya akan dinikmati oleh benefisiari. Benefisiari mungkin termasuk pemilik harta itu sendiri.

 3. Apakah Tujuan Dibuat Amanah Wasiat dan Amanah Hayat?

Amanah Wasiat dan Amanah Hayat mempunyai tujuan-tujuan berikut:

  • Syarikat amanah akan membayar bayaran saraan hidup kepada benefisiari  
  • Syarikat amanah akan membayar bayaran perubatan kepada benefisiari
  • Syarikat amanah akan membayar bayaran pembelajaran kepada benefisiari
  • Syarikat amanah akan memegang harta pemilik bagi suatu tempoh tertentu sebelum dipindahkan kepada benefisiari
 4. Apakah Perbezaan Amanah Wasiat dan Amanah Hayat?

Amanah Wasiat
  • Ia dibuat semasa hidup pemilik harta dan berkuatkuasa selepas kematian pemilik harta.
  • Ini bermakna proses pemindahan harta kepada syarikat amanah dan penerimaan faedahnya akan diperolehi oleh benefisiari selepas kematian pewasiat.
  • Biasanya Amanah Wasiat adalah sebahagian daripada komponen kepada Wasiat. Amanah Wasiat tertakluk kepada hukum Faraid dan ia dihadkan kepada 1/3 daripada harta bersih pemilik harta.
Amanah Hayat
  • Ia dibuat semasa hidup dan berkuatkuasa apabila aset dipindahkan kepada syarikat amanah.
  • Ia tidak tertakluk kepada Hukum Faraid kerana ia telah dipindahkan semasa hidup oleh pemilik kepada Pemegang Amanah selaku 'legal owner'.
  • Selepas kematian pemilik harta, Syarikat amanah akan memindahkan harta tersebut kepada benefisiari yang telah dinyatakan dalam Surat Ikatan Amanah.
 5. Kesimpulan

Amanah Hayat adalah instrumen yang paling berkesan membahagikan harta kepada benefisiari tanpa gangguan daripada ahli keluarga atau waris selepas kematian pemilik harta.




Hubungi saya untuk keterangan lanjut....

No comments:

Post a Comment