Anda kaya Anda untung

Siapa Saya

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Biarlah saya perkenalkan diri saya dahulu. Nama saya Jamalia Mohd Zin.

 Orang biasa-biasa yang ingin menjadi orang yang luar biasa seperti anda semua, hebat dan luar biasa.
Izinkan saya bercerita sedikit tentang diri saya.Harap-harap anda semua x bosan ya.

Saya adalah anak kelahiran Melaka.Anak ke 9 dari 11 orang adik beradik (9 perempuan dan 2 lelaki). Bersuamikan Mohd Haidar Bin A.Rahman, seorang lelaki sejati, kuat bekerja dan tak pernah kenal erti penat.Saya sangat sayangkan dia. Moga hubungan kami kekal hingga akhir hayat. Mempunyai 2 orang anak lelaki yang manja dengan saya.

Saya adalah seorang manusia yang telah diuji dan sedang diuji oleh sang Pencipta kita semua. Tak terlampau sekiranya saya berkongsi pengalaman hidup bersama anda sekalian. Semoga anda tidak diuji seperti saya. Ianya bermula  6 tahun yg lalu.Hidup saya sedang dilanda musibah yang teramat sangat, semua yang saya buat serba x jadi hinggakan perhubungan saya dengan suami saya hampir menemui jalan buntu. Allah masih menyayangi saya dan keluarga saya. Dia beri ujian kerana saya alpa sekejap dan sering leka dengan hal duniawi dan lupakan hal kemudian hari. Sebelum ni saya bekerja makan gaji, hidup mewah, makan cukup semua cukuplah. Allah masih sayangkan saya agaknya, berkat doa ibubapa saya jugak mertua saya, siapa tahu.  Mungkin saya pernah berbuat kebaikan yang Allah hargai maka pintu hati saya diketuk, hidayahNya datang, bagai tak terhenti air mata saya ini. Hati saya meronta-ronta untuk berhenti kerja. Akhirnya pada tahun 2007 saya meletakkan jawatan saya sebagai seorang Director di sebuah syarikat telekomunikasi di Melaka.

Allah punya kuasa tiada siapa yang tahu, Allah Maha Besar. Selepas saya berhenti kerja, bapa (abah) saya diserang penyakit asthma (semput). Sayalah yang terpilih untuk menjaganya hingga dia pergi menghadap Ilahi pada 19/10/2008. Dia dikafankan di rumah saya jugak kerana itu adalah permintaannya. Alhamdulillah syukur kerana saya dapat menjalankan tanggungjawab saya sebagai anak menjaganya dengan baik. Saya redha dia pergi kerana dia dah penat menjaga anak-anaknya seramai 11 orang termasuk saya.  Saya terlalu rindu padanya. Hanya sedekah al-fatihah dan Yassin yang dapat saya  hulurkan padanya di alam barzakh sana. 

Sekarang tinggallah ibu saya sendirian, pun sedang uzur. Saya harap dapat jugak menjaganya seperti abah saya. Itulah hidayah yang saya dapat selepas saya berhenti bekerja. Tuhan masih menduga saya setelah saya berhenti kerja, saya mulakan dengan membuka kedai menjual bunga-bunga segar (nursery) pada tahun 2010 (February). 2 tahun saya berniaga tapi kerugian yang saya dapat. Saya tutup nursery kemudian membeli sebuah lori untuk berniaga buah-buahan potong, makanan dan minuman sampailah ke hari ini. Alhamdulillah syukur tapi saya berfikir lagi, sampai bila saya harus penatkan diri? Saya selalu sakit-sakit, kasihan pada suami saya juga yang kena buat 2 kerja dalam satu hari. Dalam setiap solat saya berdoa semoga Allah memberi saya jalan untuk mencari suatu pekerjaan yang tidak menggunakan modal kerana saya telah kehabisan banyak duit semasa membuka kedai bunga.

Pendekkan cerita, saya ke Kota Kemuning ke rumah saudara merangkap sahabat untuk membeli kain ela. Dia memperkenalkan saya dengan seorang wanita yang berhati besar. Allah membawanya berjumpa dengan saya pada bulan 12 tahun lepas. Alhamdulillah setelah berbincang dengan suami, saya bersetuju untuk mengambil exam pada januari 2013 tentang Cimb unit trust. Mulanya saya gagal dalam exam tu. Saya kecewa yang teramat sangat lantas kukuatkan jugak semangat ini untuk berjaya dalam exam. Setiap hari jam 4 pagi saya solat tahajud, solat hajat, taubat, witir dan solat qadha juga saya buat. Setelah solat baru saya membaca buku tentang unit trust ini. Saya cuba fahamkan dan baca berulang kali dan dengan berkat kesabaran, saya  lulus dengan cemerlang dalam exam itu. Alhamdulillah kerana saya dapat melihat suami saya gembira. Bukan senang nak belajar di waktu kita sedang berniaga dan berniaga. Pengajaran yang saya dapat di sini adalah jangan lupa akan suruhanNya, (dunia ini kepunyaanNya, Dia boleh buat apa yang Dia suka).Patuhlah  pada ibu dan bapa juga pada suami dan mertua. Saya tenang sekarang. Saya bukan nak buka pekung di dada tapi sebagai panduan untuk kawan-kawan di luar sana. Mana tahu ada yang mengalami masalah yang sama seperti saya. Jawapannya adalah baring, fikirkan apa salah kita, menangislah sepuas2puasnya. Ambil wudhu dan solat sunat taubat. Anda akan lega. Ingat!!!!!!Ada usaha ada jaya. Nak seribu daya, taknak seribu dalih.

Alhamdulillah. Sekarang dengan bangganya saya sudah menjadi seorang consultant kewangan kepada Cimb unit trust.(CWA) Dengan kata lain unit trust ni adalah unit amanah di mana kita laburkan wang kita dalam unit amanah yang diluluskan oleh Suruhan Jaya Sekuriti dan dalam beberapa tahun kita akan dapat pulangannya. Seperti contohnya melabur dalam ASB semua tahukan? Untuk pada yang x tahu, wang kita akan dilaburkan dalam pasaran saham yang terpilih, contohnya saham islamik untuk orang islam dan saham-saham lain juga. Kita akan diberi dividen setiap tahun dan lagi lama kita menyimpan, lagi banyaklah pulangannya. Jadi kita tidak perlu risau tentang hari persaraan kita samada cukup duit atau tidak kerana saya sebagai consultant kewangan akan membantu anda menguruskan wang anda dengan sebaiknya.

No comments:

Post a Comment